Assalamualaikum..
Sudah sampai penghujung tahun kita rupanya.. Walaupun sesungguhnya kita sudah pun berada dalam tahun baru mengikut kalendar Islam, secara amnya tahun Gregorian bakal mencatat sejarah barunya apabila tiba di penghujung waktu 31 Disember nanti.. InsyaAllah..
Bercakap tentang tahun baru, kalendar baru semestinya sudah tergantung dengan megahnya pada dinding2 rumah kan? Sungguh bertuah mereka yang dapat mengharungi tahun ini dengan kejayaan yang cemerlang, terutama pada mereka yang mengambil peperiksaan besar, bertunang @ berkahwin, berjaya mencapai dan memperolehi lebih sedikit hasil keuntungan dari perniagaan yang diusahakan, dan macam2 lagi.. Tak kurang juga ramai yang bersedih, menangisi nasib pilu, meraung atas pemergian seorang yang disayangi, gagal dalam peperiksaan, jatuh basikal terseliuh urat kaki, mahupun tidak bernasib baik apabila melabur berjuta2 wang ringit.. Alahai...
Susah @ senang, kaya @ miskin, hebat @ tidak, berjaya @ gagal, itu semua kerja Allah yang Maha Esa.. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.. Kita susulkan pula rancangan itu dengan usaha, dan sesudah berusaha dengan gigihnya, kita teruskan pula dengan tawakal.. Mohon yang baik pada yang baik dengan kita, iaitu Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Syukur Alhamdulillah pada segala nikmat kebaikan dan Innalillahiwainnailaihirojiun pada setiap perkara yang menyedihkan hati.. Allah sayang pada kita, sebab itu iman dan takwa kita diuji dan diperhati sedemikian rupa..
Sepanjang menulis blog, ada beberapa kali saya tersasar menulis perkara2 yang menyedihkan hati.. Ye, ada sesetengah daripada entry2 itu saya tulis dengan niat untuk melegakan hati dan secara sedarnya saya mahu ada orang yang diluar sana membaca dan mendengar rintihan saya sepenuh hati.. Walaupun menulis dalam keadaan sedar, tapi saya tahu tak wajar untuk saya melepaskan keluhan sebegitu.. Kata2 yang mengguris, yang memilukan hati orang lain apabila membacanya, meletakkan saya di tahap yang sama seperti orang2 yang menyakiti dan menzalimi saya..
Saya dah mula sedar kini, saya harus bukak lembaran baru dalam hidup saya.. Mulakan semuanya dari mula.. Saya punya matlamat hidup yang belum tercapai lagi.. sebagai seorang bakal pendidik, saya yang patut dididik terlebih dahulu.. menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik diri sendiri dengan disiplin dan menguruskan pengurusan emosi, jasmani, rohani dan intelek saya dengan sebaik mungkin.. Kalau ilmu yang sayang perolehi adalah untuk kebaikan anak2 didik saya nanti, mengapa tidak saya gunakan untuk diri sendiri dahulu? kalau kebaikan profesion perguruan saya pilih sebagai bekalan saya di akhirat nanti, mengapa tidak saya manfaatkan sepenuhnya di atas bumi ini?
Mesti pernah terdengar @ terbaca kan? Sesungguhnya ketenangan seseorang itu boleh diperolehi setiap kali pada penghujung harinya.. sebelum lena diulit mimpi, berbantalkan bantal empuk @ lengan di kepala, maafkan la mereka yang menyakiti kita pada hari itu.. Dan mohonlah kemaafan daripada mereka selagi terdaya.. Insyaallah, berkat sungguh perjalanan hidup keesokan harinya..
Maafkan saya jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara sepanjang menulis di ruangan maya ini.. Manusia itu diciptakan lengkap dengan hati, minda dan perasaan, supaya dia boleh menilai ketidaksempurnaan yang ada pada dirinya dan orang lain supaya dia boleh memperbaikinya.. Manusia itu tidak bergelar insan jika dia sempurna semuanya.. Saya mahu jadi orang yang matang, waras apabila menulis, logik apabila berfikir dan menyumbang idea.. Insyaallah.. Bukan menyumbangkan suara.. Sekadar bergurau ye.. ^___^
Sudah menjadi kebiasaan, manusia menyelak helaian kalendar ke hadapan dan mencarik bulan sebelumnya.. Samalah seperti saya, juga terbiasa sebegitu.. Yang semalam, saya renungkan.. Yang hari ini, saya redahkan, yang esok tidak berani pula saya idamkan.. Entah dpt saya merasai esok, entahkan tidak.. Duhai hati, lupakanlah kesakitan itu, balutlah luka itu.. Hentikanlah sengeketa permikiran negatifmu..
Oklah, terima kasih kerana sudi membaca coretan panjang akhir tahun ni.. Saya nak gantung kalendar baru.. Yuk!!







No.105